Tuesday, July 22, 2008

CoretanGuruAsli@SKPI-CA

Sepanjang mengajar di SKPI Asli ini, pelbagai kisah dapat dialami oleh guru-guru asli. Di bawah ini adalah sedikit coretan kisah yang diolah kembali dari kisah-kisah pengalaman guru-guru di sini.

(DI HARAP JIKA SESIAPA INGIN MENGAMBIL KISAH-KISAH INI UNTUK APA-APA TUJUAN, SILA MINTA KEBENARAN DAHULU DARIPADA SK PULAU INDAH, CAWANGAN ASLI)


****************************************************
Jadual Harian Guru-Guru SKPI Asli

Setiap hari persekolahan, guru-guru SKPI Asli mempunyai jadual harian yang tersendiri. Bermula dari ‘punch in’ di SKPI Induk sebelum 7.30 pagi, guru-guru ini akan menunggu makanan untuk murid SKPI Asli di bawah RMT – (Rancangan Makanan Tambahan) (makanan bungkus, minuman dan buah-buahan) dan juga makanan untuk guru-guru sendiri kerana di SKPI Asli tidak mempunyai kantin sendiri.

Seterusnya, mereka akan membawa makanan ini dengan kenderaan sendiri ke SKPI Asli sejauh 8 km (15 minit). Di sana, murid-murid telah menunggu untuk pembelajaran dan setelah tiba, P&P akan dijalankan seperti biasa.

Tamat waktu persekolahan, jika ada kelas SBT (Skim Bantuan Tuisyen), kelas-kelas tersebut akan dijalankan selama sejam. Kemudian, guru-guru akan kembali ke SKPI Induk untuk 'punch out’. Kemudian pulang ke rumah masing-masing.

Cikgu Asmirah(mengajar di sini 2005-2007) turut berkongsi satu kenangan suka-dukanya di mana beliau telah terjatuh ketika menaiki motorsikal untuk pulang ke SKPI Induk dengan menggunakan jalan kampung yang ketika itu becak kerana hujan lebat. Begitulah cabaran yang perlu dihadapi oleh guru yang berdedikasi ini.

***************************************
Beberapa adat orang Asli Mahmeri

Terdapat beberapa adat orang Asli Mahmeri yang dapat dipelajari oleh guru-guru. Antaranya ialah adat ketika ada orang Asli yang meninggal dunia dan sambutan hari raya.

Jika ada orang Asli yang meninggal dunia, semua orang tidak boleh menggunakan alatan yang tajam kerana dikuatiri akan mencucuk mata si mendiang tersebut. Alatan-alatan seperti pensel, pen, pisau dan sebagainya tidak boleh digunakan. Di samping itu, mereka tidak boleh bermain dengan objek bulat seperti bola sepak kerana dikuatiri seolah-olah bola tersebut adalah kepala si mendiang.

Murid-murid akan memakai tanda putih di cuping telinga untuk menghormati si mendiang. Jika hari tersebut, guru-guru melihat anak murid mereka memakai tanda putih tersebut, maka, hari itu mereka tidak dapat menulis, jadi, guru-guru terpaksa menukar cara P&P mereka dengan cara lain seperti membaca dan sebagainya.

Tidak lupa juga, orang Asli Mahmeri di sini menyambut Hari Raya mereka pada bulan Mei setiap tahun.**(tidak pasti)

***************************************************