Monday, May 25, 2009

Kejayaan Pasukan SK Pulau Indah Cawangan Asli di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asli Peringkat Negeri Selangor 2008

----------------------

Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Pulau Indah Cawangan Asli 2008 kerana telah berjaya dalam beberapa acara dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asli Negeri Selangor 2008 di Sepang, Selangor...

1) Sepak Takraw - Pasukan SKPI Asli telah berjaya mendapat johan acara ini, dan seterusnya mendapat tempat ke-4 di peringkat kebangsaaan -kelantan(asli).

2) Olahraga lelaki- Seorang wakil SKPI Asli telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam acara lompat jauh dan mewakili Selangor juga di peringkat kebangsaan (asli)...

3) Bola Sepak - Pasukan SKPI CA memberi saingan sengit, tetapi tidak berjaya ke peringkat berikutnya....

4) Olahraga wanita - Tidak berjaya, namun, cuba lagi tahun hadapan...

Dikesempatan ini, diucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini terutama kepada
  1. Tuan Guru Besar SKPI
  2. cikgu ariff- bola sepak
  3. ustaz harris & ustaz tukipan - sepak takraw
  4. cikgu zuraidi - olahraga
  5. cikgu-cikgu SKPI CA (cikgu faiezah, cikgu okie, cikgu hasnizah)
    -------------------

Nota tambahan : Beberapa siri latihan sebelum kejohanan telah dijalankan juga. Terima kasih kepada Pasukan SK Bukit Kemandol (A) dan SK Pulau Indah 2 terutama Pentadbiran dan guru-guru mereka kerana sama-sama berusaha mengadakan latihan bersama.

-----------------------------
Sekian, laporan ringkas setakat ini....maaf, tiada gambar..

Tuesday, July 22, 2008

CoretanGuruAsli@SKPI-CA

Sepanjang mengajar di SKPI Asli ini, pelbagai kisah dapat dialami oleh guru-guru asli. Di bawah ini adalah sedikit coretan kisah yang diolah kembali dari kisah-kisah pengalaman guru-guru di sini.

(DI HARAP JIKA SESIAPA INGIN MENGAMBIL KISAH-KISAH INI UNTUK APA-APA TUJUAN, SILA MINTA KEBENARAN DAHULU DARIPADA SK PULAU INDAH, CAWANGAN ASLI)


****************************************************
Jadual Harian Guru-Guru SKPI Asli

Setiap hari persekolahan, guru-guru SKPI Asli mempunyai jadual harian yang tersendiri. Bermula dari ‘punch in’ di SKPI Induk sebelum 7.30 pagi, guru-guru ini akan menunggu makanan untuk murid SKPI Asli di bawah RMT – (Rancangan Makanan Tambahan) (makanan bungkus, minuman dan buah-buahan) dan juga makanan untuk guru-guru sendiri kerana di SKPI Asli tidak mempunyai kantin sendiri.

Seterusnya, mereka akan membawa makanan ini dengan kenderaan sendiri ke SKPI Asli sejauh 8 km (15 minit). Di sana, murid-murid telah menunggu untuk pembelajaran dan setelah tiba, P&P akan dijalankan seperti biasa.

Tamat waktu persekolahan, jika ada kelas SBT (Skim Bantuan Tuisyen), kelas-kelas tersebut akan dijalankan selama sejam. Kemudian, guru-guru akan kembali ke SKPI Induk untuk 'punch out’. Kemudian pulang ke rumah masing-masing.

Cikgu Asmirah(mengajar di sini 2005-2007) turut berkongsi satu kenangan suka-dukanya di mana beliau telah terjatuh ketika menaiki motorsikal untuk pulang ke SKPI Induk dengan menggunakan jalan kampung yang ketika itu becak kerana hujan lebat. Begitulah cabaran yang perlu dihadapi oleh guru yang berdedikasi ini.

***************************************
Beberapa adat orang Asli Mahmeri

Terdapat beberapa adat orang Asli Mahmeri yang dapat dipelajari oleh guru-guru. Antaranya ialah adat ketika ada orang Asli yang meninggal dunia dan sambutan hari raya.

Jika ada orang Asli yang meninggal dunia, semua orang tidak boleh menggunakan alatan yang tajam kerana dikuatiri akan mencucuk mata si mendiang tersebut. Alatan-alatan seperti pensel, pen, pisau dan sebagainya tidak boleh digunakan. Di samping itu, mereka tidak boleh bermain dengan objek bulat seperti bola sepak kerana dikuatiri seolah-olah bola tersebut adalah kepala si mendiang.

Murid-murid akan memakai tanda putih di cuping telinga untuk menghormati si mendiang. Jika hari tersebut, guru-guru melihat anak murid mereka memakai tanda putih tersebut, maka, hari itu mereka tidak dapat menulis, jadi, guru-guru terpaksa menukar cara P&P mereka dengan cara lain seperti membaca dan sebagainya.

Tidak lupa juga, orang Asli Mahmeri di sini menyambut Hari Raya mereka pada bulan Mei setiap tahun.**(tidak pasti)

***************************************************

Wednesday, May 28, 2008

Istimewa@SKPI-CA

20 Mei 2008:
Hari Persaraan Tuan Guru Besar SKPI, Tuan Hj Jaafar bin Haron.
Terima Kasih Cikgu atas Jasamu kepada SKPI dan SKPI CA.

---------------------------------------------------------------------------
16 Mei 2008 : SELAMAT HARI GURU

----------------------------------------------------------------------



29 November 2007 : LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Satu lawatan semperna keputusan yang baik daripada murid-murid tahun 6 SKPI CA telah dijalankan.Hanya 3 daripada 6 murid yang dapat menyertai lawatan ini.
Antara tempat-tempat yang dilawati
-Tugu Negara
-Balai Seni Lukis Negara
-Taman Tasik Tititwangsa (di depan Eye On Malaysia)
-KLCC
-Nasi Ayam Mash, Kampung Keramat
-Bergambar di depan Istana Negara

Monday, March 10, 2008

Aktiviti Terkini SK Pulau Indah Cawangan Asli 2008

Nordizial dan rakan-rakan di tapak perkhemahan SKPI 2008.

Nordizial dan rakan-rakan di tapak perkhemahan SKPI 2008.

Awie, Malin, Suhaida sedang menggosok gigi mengikut tunjuk ajar jururawat.



Baharun sedang diperiksa oleh jururawat.



Jururawat sedang menerangkan cara menggosok gigi yang betul.



Januari 2008

-8 murid SKPI Asli menyertai Pertandingan Merentas Desa SKPI dan 3 daripada mereka telah berjaya mendapat tempat 15 terbaik dalam kategori masing-masing.
Seorang daripadanya, Zuraini bt Kidol, telah dipilih untuk mewakili SK Pulau Indah bersama-sama 7 murid SKPI Induk menyertai Larian Jubli Emas MSSD Klang di SK Bukit Ceraka, Klang..


Februari - Mac 2008

- 4 murid SKPI Asli telah dipilih mewakili SKPI dalam pertandingan Futsal yang berlangsung di SK Pulau Indah 2. (Sadizal, Ras, Hadi dan Sunyi)

- 3 murid SKPI Asli telah dipilih mewakli SKPI dalam pertandingan Bola Sepak Daerah Klang yang berlangsung awal bulan Mac 2008 (Sadizal, Ras dan Hadi).

Gambar Kenangan bersama Pentadbir dan PIBG SJK (C) Lee Min, Telok Gong dan Master-master Kaligrafi Cina.


Gambar Kenangan Murid-murid yang menyertai program RIMUP (Kebudayaan dan Kaligrafi Cina) bersama Cikgu Mat Yatim (GPK HEM),C.Hairy,C.Faiezah dan Guru Besar, Tn. Hj Jaafar.

Gambar Kenangan Murid-murid yang menyertai program RIMUP (Kebudayaan dan Kaligrafi Cina)
bersama Cikgu Hairy dan Cikgu Rushdan.


- 8 murid SKPI Asli telah terpilih untuk menyertai program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) yang diadakan di SJK (C) Lee Min, Telok Gong, Klang dengan mewakili SKPI untuk mempersembahkan Tarian Jo-oh di sana....di sana juga, mereka bersama-sama guru dan murid-murid sekolah lain telah belajar juga menulis kaligrafi Cina dari Master Kaligrafi yang dijemput khas..
  • Aminah, Norenah, Suhana, Zuraini, Nordizial, Ram, Jaadu dan Zamzuri.
- 4,5,6 Mac 2008...Ujian PKBS 1....


- Pada 06 Mac 2008, Jururawat Pergigian telah datang melawat SKPI Asli..
  • Menerangkan mengenai cara menggosok gigi yang betul
  • Memeriksa keadaan gigi setiap murid.

-Pada 28 - 30 Mac, 10 orang murid Asli telah menyertai perkhemahan Perdana SKPI 2008 bertempat di padang sekolah SKPI. Ram, Nordizial, Zamzuri, Ras, Jaadu, Aminah, Rafeah, Syakila,Norenah dan Zuraini.


Thursday, November 1, 2007

Khabar Terbaru dari Sekolah Kebangsaan Pulau Indah Cawangan Asli Daerah Klang (SK Pulau Indah Caw Asli)

Kelas Tahap 2 SK Pulau Indah Cawangan Asli

Sukaneka SK Pulau Indah Cawangan Asli 2007

Gambar Kelas Tahap 2 (Thn 4,5,6) SKPI Cawangan Asli 2007
Gambar Kelas Tahap 1 (Thn 1,2,3) SKPI Cawangan Asli 2007
-----------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Lagi 2 minggu akan cuti sekolah. Dalam tahun ini, banyak aktiviti telah dijalankan di SK Pulau Indah Cawangan Asli ini. Jika ada kesempatan nanti, akan saya 'update'kan di sini ye.

Untuk pelawat-pelawat yang berkunjung di blog ini..maaf kerana sudah lama tidak dikemaskini. Ini kerana kesibukan tugas.

Nanti datang lagi yek...

Sementara itu..cuba layari laman web ini...

1) SK Pulau Indah Induk.....
http://www.skpi.cjb.net/

2) Pesta Pulau Indah..dekat Laguna Park, sebelah dengan sekolah kami..

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/Features/20071024155652/Article/indexpull_html


3) Laguna Park, Pulau Indah...depan SK Pulau Indah Cawangan Asli dan Kampung Orang Asli..

http://www.pulauindah.com.my/v2/whatsup/default.htm

4) Peta Lokasi Pulau Indah dan Majlis Perbandaran Klang, Selangor

http://www.mpklang.gov.my/main.php?Content=sections&SectionID=181

Friday, April 20, 2007

Selamat Datang ke SK Pulau Indah, Cawangan Asli, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan.

Ini adalah posting kali pertama.

Tujuan diwujudkan blog ini adalah untuk memperkenalkan Sekolah Kebangsaan Pulau Indah, Cawangan Asli, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan.

Cawangan Asli ini dibina pada tahun 1993 di Kampung Orang Asli, Pulau Indah.

Terima kasih.